Sunday, 21/01/2018

BAM lewat tempah gelanggang

Published on April 25, 2010 by   ·   No Comments

KELEWATAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat tempahan Stadium Putra, Bukit Jalil menyebabkan pemain negara akan hanya mula menjalani latihan di gelanggang pertandingan itu pada 5 Mei – empat hari sebelum Piala Thomas/Uber bermula.

Justeru, ketua jurulatih Rashid Sidek meluahkan rasa kecewanya tidak dapat menggunakan gelanggang pertandingan lebih awal bagi memberikan peluang kepada anak buahnya menyesuaikan diri dan mencari sedikit kelebihan buat pasukan negara.

“Kalau boleh hari ini juga kita mahu gunakan Stadium Putra,” kata Rashid di Port Dickson, kelmarin. “Malangnya kita hanya dapat menjalani latihan pada 5 Mei, hanya beberapa hari sebelum ia bermula.

“Sudah pasti ketika itu kita terpaksa berebut-rebut untuk menggunakan gelanggang dengan pasukan lain dan tempoh penggunaan gelanggang juga pasti terhad.

“Sepatutnya gelanggang Stadium Putra ditempah lebih awal. Malangnya ada kelewatan, saya tidak tahu kenapa. Ini urusan pengurusan. Pada awalnya saya meminta pada 1 Mei tetapi tidak dapat dipenuhi kerana stadium sudah ditempah untuk aktiviti lain,” kata Rashid.

Rungutan Rashid ini harus diberi perhatian serius pihak pengurusan kerana agak malang, pemain negara selaku tuan rumah tidak dapat menikmati sepenuhnya peluang gelanggang sendiri menjelang bermula kejohanan itu pada 9 Mei.

Sementara itu, juara 13 kali Piala Thomas, Indonesia mengumumkan senarai pemainnya dengan beberapa kejutan.

Pemain muda, Dionysius Hayom Rumbaka mengisi slot perseorangan keempat menggantikan Tommy Sugiarto, yang beraksi untuk Indonesia dalam kelayakan Piala Thomas, manakala pakar beregu campuran, Nova Widianto berpasangan dengan Mohammad Ahsan selaku beregu ketiga.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini