Sunday, 21/01/2018

ING undur, Proton kembali penaja utama

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

ISU penajaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tampak menyebabkan setiausaha kehormatnya Ganga Rao kehilangan jawatan sudah dileraikan dengan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) kembali menjadi penaja utama pasukan kebangsaan.

Ia juga berikutan keputusan syarikat insuran terkemuka, ING untuk menarik diri secara sukarela daripada ikatan bersama BAM.

“Daripada maklumat yang diberikan, isu itu sudah selesai dengan Proton kembali menjadi penaja utama pasukan kebangsaan,” kata Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh, di KLIA, Sepang, semalam.

“Bagaimana, sama ada syarikat itu akan meneruskan komitmen dengan BAM selepas Piala Thomas belum dapat diputuskan dan mungkin akan dibincangkan semula selepas kejohanan itu.

“Apapun saya ingin jelaskan bahawa masalah yang berlaku bukanlah masalah ING. Mereka sebenarnya mahu berurusan dengan BAM secara terus dan berasa hairan kenapa tidak mendapat laluan terus itu.

“Mereka juga hairan kenapa terpaksa menggunakan khidmat agen untuk berurusan dengan BAM?” kata Nadzmi.

Mengenai persediaan pasukan menghadapi Piala Thomas, Nadzmi berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan pemain dan mengumumkan senarai pasukan yang bakal memikul cabaran negara di kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, dari 9 hingga 16 Mei ini.

“Kita akan memperbanyakkan promosi dan selain itu penjualan tiket juga menggalakkan apabila tiket bagi saingan separuh akhir dan final hampir habis dijual,” katanya.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini