Sunday, 19/11/2017

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan Sukan Asia 2010

Published on November 21, 2010 by   ·   2 Comments

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam aksi final tiga set

Lee Chong WeiPENANTIAN 40 tahun pingat emas acara perseorangan badminton di Sukan Asia masih tidak kesampaian apabila jaguh negara, Lee Chong Wei disekat juara Olimpik, Lin Dan dari China dalam pertarungan final, malam ini.

Dengan rekod seimbang 1-1 tahun ini tetapi pemain ranking keempat dunia itu di depan 13-7 sepanjang kerjaya, Lin Dan yang mendapat sokongan padu peminat tempatan, nyata lebih unggul untuk menidakkan hasrat Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia dengan kemenangan 21-13, 15-21, 21-10 dalam tempoh sejam 12 minit.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas Sukan Asia ialah menerusi Datuk Punch Gunalan pada edisi 1970 di Bangkok manakala dua percubaan Rashid Sidek dan Chong Wei sendiri di Doha 2006 sebelum ini gagal.

Kekalahan Chong Wei turut menafikan sasaran dua emas kontinjen negara pada temasya ini, selepas beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut tewas di final, malam tadi.

Sejak awal set pertama, Lin Dan menguasai gelanggang mendahului 8-4 dan terus memastikan jurang 12-7, 19-12 sebelum menamatkan permainan dengan 21-13 dalam tempoh 27 minit.

Begitupun, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama, meningkatkan permainan pada set kedua mendahului 11-6, 17-12 dan 19-14 sebelum memastikan kemenangan 21-15 dalam tempoh 20 minit.

Pada set penentuan, Lin Dan kembali menguasai rentak awal dalam gelanggang menerusi pukulan rendah mengelirukan untuk mendahului 4-0 dan 8-1 sebelum menang 21-10.

Tags: , , , , ,

Readers Comments (2)

  1. susah juga nak menang dengan lin dan nih..kena ada pelapis yang baru..tapi jurang masih terlalu jauh…

  2. kelvin koo says:

    perlu speed….balas bola tangkis,smash,hantar bola balik…semua perlu cepat….tu jak…cara nya…speed….tq.




Berita Terkini