Sunday, 21/01/2018

Malaysia menang percuma ke atas Nigeria

Published on May 9, 2010 by   ·   No Comments

MALAYSIA diberikan kemenangan 5-0 dalam perlawanan menentang Nigeria selepas pasukan berkenaan gagal hadir di gelanggang pada jam 6 petang tadi untuk perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Thomas.

Demikian menurut Ketua Pegawai Operasi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Thomas Lund.

Menurut sumber, BWF tidak mengetahui nasib pemain Nigeria yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.15 petang sebelum beraksi pada pukul 6 petang.

Ketua Pegawai Operasi BWF Thomas Lund berkata pasukan kelayakan benua Afrika itu gagal muncul di KLIA seperti dijadual.

“Kemudian kami dengar mereka mungkin terlepas penerbangan terdahulu atau penerbangan asal dari Dubai mengalami masalah teknikal dan ia menyebabkan kelewatan.

“Kini kami dengar mereka akan tiba di sini pada pukul 9.35 malam ini. Kita terpaksa menunggu,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengikut laman web syarikat penerbangan Emirates, penerbangan dari Dubai ke KLIA akan menganmbil masa tujuh jam dan terdapat dua penerbangan ke Kuala Lumpur.

Penerbangan pertama dari Dubai dijangka sampai di KLIA pada pukul 2.15 petang dan kedua pada pukul 9.25 malam.

Tiga pegawai pasukan Nigeria, yang enggan dinamakan, turut terkejut dengan ketiadaan pemain negara itu.

“Kami menaiki penerbangan dari Doha, Qatar manakala pemain dari Dubai. Mereka sepatutnya tiba lebih awal dari kami. Kami ingin tahu sebabnya,” kata seorang daripada pegawai tersebut.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini