Friday, 22/09/2017

China pertahan Piala Thomas

Published on May 16, 2010 by   ·   No Comments

PASUKAN badminton China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas selepas menundukkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil petang ini.

Lin Dan mengesahkan reputasinya sebagai pemain badminton terunggul apabila menjinakkan bekas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dalam dua set terus 21-7, 21-14 untuk mata pertama China.

Indonesia yang mengharapkan kebangkitan beregu utamanya, Markis Kido/Hendra Setiawan tidak kesampaian apabila pasangan itu tewas 23-25, 21-16, 12-21 kepada pasangan Cai Yun/Fu Haifeng untuk memberikan mata kedua China.

China mengesahkan kejuaraan Piala Thomas selepas Chen Jin menafikan tentangan sengit Simon Santoso sebelum menang dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-7.

Kemenangan ke atas Indonesia bermakna China melebarkan kejuaraan Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut sejak 2004.

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR

CHINA 3
INDONESIA 0

Lin Dan mn Taufik Hidayat 21-7, 21-14.

Cai Yun/Fu Haifeng mn Markis Kido/Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12.

Chen Jin mn Simon Santoso 19-21,21-17,21-7.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini