Sunday, 19/11/2017

Chong Wei tewas kepada Lin Dan

Published on May 14, 2010 by   ·   No Comments

HARAPAN Malaysia untuk mencuri mata awal tidak kesampaian apabila sandaran utama, Datuk Lee Chong Wei tewas straight set kepada jaguh handalan China, Lin Dan 17-21, 8-21 dalam aksi separuh akhir di Stadium Putra malam ini.

Chong Wei yang belum tewas dalam aksi sebelum ini tunduk kepada Lin Dan dalam tempoh 48 minit, sekali gus memberikan mata pertama buat China.

Pemain nombor satu dunia itu kehilangan hilang rentak apabila semua permainannya mampu dibaca oleh Lin Dan dan hampir tiada jawapan untuk mematahkan permainan juara Olimpik berkenaan.

Sandaran Malaysia kini terletak di bahu pasangan utama, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk menyekat China daripada mengutip mata kedua.

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini