Sunday, 21/01/2018

Indonesia mara ke final

Published on May 14, 2010 by   ·   No Comments

PASANGAN Nova Widianto-Alvent Chandra memastikan kemaraan Indonesia ke perlawanan akhir Piala Thomas 2010 selepas menundukkan Noriyasu Hirata-Hiroyuki Endo 21-14, 22-20 untuk kemenangan 3-1 mengatasi Jepun di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Indonesia mengutip mata pertama menerusi perseorangan utamanya, Taufik Hidayat yang menundukkan Kenichi Tago 21-9, 21-14 dalam masa 37 minit.

Pasangan Markis Kido-Hendra Setiawan kemudiannya memastikan Indonesia terus selesa mendahului 2-0 apabila berjaya menundukkan beregu utama Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno 21-9, 21-11 hanya dalam masa 22 minit.

Jepun yang mengejutkan tuan rumah, Malaysia dalam perlawanan peringkat kumpulan seakan hampir mengulangi kejutan sama apabila Sho Sasaki bangkit mengutip mata pertama menjadikan kedudukan 1-2.

Namun aksi cemerlang pasangan Nova Widianto-Alvent Chandra memastikan Indonesia melangkah ke final untuk membuat perhitungan dengan pemenang perlawanan Malaysia-China awal malam ini.

Perlawanan akhir Piala Thomas dijadualkan pada Ahad ini.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini