Sunday, 21/01/2018

Malaysia 3-2 Denmark

Published on May 12, 2010 by   ·   2 Comments

UPDATE: Malaysia melangkah ke separuh akhir badminton Piala Thomas apabila mengutip mata kemenangan menerusi perseorangan ketiga, Muhd Hafiz Hashim yang menundukkan Joachim Persson dalam pertarungan dua set. Hafiz menang 21-12, 21-10. (BERITA PENUH)

UPDATE: Hafiz Hashim beraksi cemerlang untuk memenangi set pertama 21-12. Jika Hafiz menang ke atas Joachim Persson bermakna Malaysia akan mara ke separuh akhir menentang pasukan China.

UPDATE: Denmark menyamakan kedudukan 2-2 apabila pasangan beregu kedua Malaysia, Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas dalam pertarungan tiga set 26-24, 12-21, 19-21 kepada pasangan Lars Paaske/Jonas Rasmussen. Peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir kini terpikul sepenuhnya di bahu perseorangan ketiga, Muhd Hafiz Hashim.

—————————————————————————-

MALAYSIA sedang mendahului Denmark 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas di Stadium Putra di sini yang bermula jam 6 petang tadi.

Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong meraih mata kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam aksi perseorangan kedua.

Kini pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How berhadapan pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

Jika kedudukan terikat, perlawanan akan ditentukan permainan perseorangan ketiga antara Muhd Hafiz Hashim dan Joachim Persson.

Tags: , , ,

Readers Comments (2)

  1. shahminan abdullah says:

    syabas malaysia ble

  2. shahminan abdullah says:

    kami berdoa agar permain malaysia peuh samangat ,berhadapan dgn cina.




Berita Terkini