Sunday, 21/01/2018

Malaysia dahului Denmark 2-0

Published on May 12, 2010 by   ·   No Comments

UPDATE: Selepas bertarung dalam tiga set, Wong Choong Hann akhirnya terpaksa akur kepada perseorangan kedua Denmark, Jan O Jorgensen dan tewas 20-22, 21-16, 18-21. Malaysia masih mendahului Denmark 2-1 dan hanya perlukan satu lagi kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

UPDATE: Wong Choong Hann kembali memberi saingan dan keceriaan buat penyokong Malaysia apabila memenangi perlawanan set kedua 21-16 selepas tewas 20-22 pada set pertama.

———————————————————————–

MALAYSIA mendahului Denmark 2-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas di Stadium Putra di sini yang bermula lewat petang tadi.

Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong meraih mata kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Dalam permainan perseorangan kedua sekarang, Wong Choong Hann tewas set pertama 20-22 kepada Jan O Jorgensen.

Dua permainan lain ialah bergu kedua antara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How dan Lars Paaske/Jonas Rasmussen; dan perseorangan ketiga antara Muhd Hafiz Hashim dan Joachim Persson.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini