Sunday, 21/01/2018

Malaysia ke separuh akhir temu China

Published on May 12, 2010 by   ·   1 Comment

MUHD Hafiz Hashim menjadi wira negara apabila meraih mata kemenangan untuk Malaysia mengatasi Denmark 3-2 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Thomas dalam perlawanan sengit peringkat suku akhir di Stadium Putra malam ini.

Ketika harapan tinggi negara diletak pada bahunya apabila kedudukan terikat 2-2, Hafiz ternyata tidak mengecewakan dan mudah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga. Malaysia akan bertemu China pada perlawanan separuh akhir petang Jumaat nanti.

Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua.

Kedudukan kemudian terikat 2-2 apabila pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Piala Thomas

China 3 Korea Selatan 0
Indonesia 3 India 0
Jepun 3 Jerman 1

MALAYSIA 3 DENMARK 2
Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17;
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19;
Wong Choong Hann kk Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21;
Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How kk Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21;
Muhd Hafiz Hashim mn Joachim Persson 21-12, 21-10.

Piala Uber

Indonesia 3 Malaysia 0
Jepun 3 Denmark 1
Korea Selatan 3 Russia 1
China 3 India 0

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. [...] Malaysia 3-2 Denmark Published on May 12, 2010 by admin   ·   No Comments UPDATE: Malaysia melangkah ke separuh akhir badminton Piala Thomas apabila mengutip mata kemenangan menerusi perseorangan ketiga, Muhd Hafiz Hashim yang menundukkan Joachim Persson dalam pertarungan dua set. Hafiz menang 21-12, 21-10. (BERITA PENUH) [...]




Berita Terkini