Friday, 22/09/2017

Korea Selatan juara Piala Uber 2010

Published on May 15, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS lima kali bergelar naib juara, Korea Selatan akhirnya berjaya menjuarai kejohanan badminton Piala Uber selepas menundukkan juara bertahan, China 3-1 di Stadium Putra, petang ini.

Bae Seung Hee memberikan mata pertama buat Korea apabila dia mengejutkan pemain ranking nombor satu dunia, Wang Yihan 23-21, 21-11 dalam masa 49 minit.

Korea terus mengukuhkan kedudukan apabila berjaya mendahului 2-0 menerusi pasangan Lee Hyo Jung-Kim Min Jung yang menewaskan Ma Jin-Wang Xiaoli dalam pertarungan sengit tiga set 18-21, 21-12, 21-15 yang mengambil masa sejam lebih.

Bagaimana pun China berjaya mengutip mata pertama untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1 apabila Wang Xin menundukkan perseorangan kedua Korea, Sung Ji Hyun juga dalam tiga set. Xin menang 21-14, 16-21, 21-7 dalam masa hampir sejam.

Namun kebangkitan Korea tidak mampu disekat oleh pasukan tembok besar itu apabila beregu kedua mereka, Lee Kyung Won-Ha Jung Eun memastikan mata kemenangan selepas menundukkan pasangan kedua China, Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.

Ia adalah kejuaraan pertama buat Korea Selatan dalam sejarah Piala Uber.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini