Friday, 22/09/2017

Terbuka Jepun 2010: Lee Chong Wei juara, beregu tewas

Published on September 26, 2010 by   ·   No Comments

Lee Chong Wei muncul juara badminton Terbuka Jepun 2010 selepas menewaskan Lin Dan pada aksi final petang tadi.

Chong Wei Menang Terbuka Jepun Buat Kali Kedua Selepas 2007

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kelapan tahun ini apabila membenam cabaran musuh tradisi Lin Dan dari China untuk menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, pada Ahad.

Pemain nombor satu dunia itu terpaksa mengambil masa satu jam 22 minit untuk menewaskan jaguh China itu dengan keputusan 22-20, 16-21 dan 21-17 pada perlawanan akhir.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai US$200,000 (RM618,400).

Sementara itu, gandingan negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menembus kekalahan pada Kejohanan Dunia bulan lepas apabila tewas kepada beregu China, Cai Yun/Fu Haifeng, 21-18, 14-21, 12-21 pada final.

Pada Kejohanan Dunia di Paris, Perancis, Kien Keat/Boon Heong akur dengan kehebatan gandingan China itu apabila tewas 21-18, 18-21, 14-21.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang kini berada di London, mengucapkan setinggi tahniah kepada Chong Wei di atas kemenangan tersebut.

Katanya kejayaan itu lebih bermakna kerana dikecapi dengan mengalahkan musuh tradisi Lin Dan.

“Saya yakin dengan prestasi ini, Chong Wei akan sumbangkan emas di Sukan Komanwel, mungkin juga Sukan Asia,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini