Friday, 22/09/2017

Lee Chong Wei juara Terbuka Jepun 2010

Published on September 26, 2010 by   ·   No Comments

PEMAIN nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan musuh ketatnya, Lin Dan dari China 22-20, 16-21, 21-17 pada perlawanan akhir untuk muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo sebentar tadi.

Kemenangan itu adalah gelaran kelapan buat Chong Wei pada tahun ini dan mengukuhkan statusnya sebagai pemain badminton nombor satu dunia selepas kecewa pada Kejohanan Dunia di Paris baru-baru ini.

Dalam pada itu pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadapi lawan dari China, Fu Haifeng/Cai Yun dalam aksi final beregu.

Dalam aksi separuh akhir semalam, pasangan utama negara itu mengatasi beregu muda Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano, 21-19, 21-13.

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini