Sunday, 21/01/2018

Robben jaring ‘ibu segala gol’

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

JURULATIH Bayern Munich, Louis van Gaal memuji pasukannya atas kemenangan 1-0 mereka ke atas Lyon dalam timbal balik pertama separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah ketika kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain, kelmarin.

Pemain sayap Belanda, Arjen Robben meledakkan gol kemenangan, yang memberikan Bayern kelebihan tipis bagi timbal balik kedua di gelanggang kelab Perancis itu, Selasa depan.

Sejak menyertai Bayern dari Real Madrid pada Ogos 2009, Robben sudah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan tetapi tiada yang lebih penting berbanding jaringannya pada minit ke-69 dalam perlawanan itu.

“Saya sangat gembira,” kata van Gaal yang kini menyaksikan pasukannya berada pada landasan meraih treble – Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman.

“1-0 adalah keputusan baik dan ini bermakna kami tidak perlu mengambil risiko bagi perlawanan kedua nanti, jadi kami melakukan yang terbaik.”

Kad merah dilayangkan buat pemain Bayern, Franck Ribery kerana terjahan bahaya, disusuli pertahanan Lyon dari Perancis, Jeremy Toulalan yang juga dibuang padang sejurus selepas rehat kerana kesalahan kad kuning kedua.

Kedua-dua Toulalan dan Ribery terlepas timbal balik kedua, bersama-sama pemain Bayern, Danijel Pranjic yang mengutip kad kuning kedua dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah dalam perlawanan itu.
“Ia adalah kad merah yang tak sepatutnya buat Ribery,” kata van Gaal.

“Memang kadang kala kad merah diberikan dan Ribery menimbulkan kemungkinan itu apabila dia berdiri lama daripada sepatutnya.”

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini