Sunday, 21/01/2018

Aston Villa cerah peluang ke Eropah

Published on April 25, 2010 by   ·   No Comments

JARINGAN James Milner pada lewat perlawanan menghidupkan sisa-sisa peluang Aston Villa untuk persaingan ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park malam ini.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Birmingham, Roger Johnson menjatuhkan Gabriel Agbonlahor ketika saingan masa sebenar tinggal beberapa minit untuk tamat dan Milner yang ditugaskan mengambil tendangan tidak mensia-siakan peluang untuk menjaring gol kemenangan berharga buat Villa.

Keputusan itu membolehkan Aston Villa memintas Manchester City untuk berkongsi 64 mata dengan Tottenham dan hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan untuk berada di belakang Spurs.

Bagaimanapun City dan Spurs masih kekurangan satu perlawanan, namun persaingan dijangka berterusan hingga ke perlawanan terakhir musim.

Sementara itu dalam aksi yang mencuri tumpuan malam ini, Chelsea sedang mendahului Stoke City 3-0 ketika laporan ini sedang ditulis.

Salomon Kalou menjaringkan dua gol buat The Blues pada minit ke-24 dan 31. Gol ketiga Chelsea dijaringkan oleh Frank Lampard menerusi tendangan penalti.

Jika keputusan ini kekal bermakna Chelsea kembali memintas Manchester United untuk mendahului carta liga.

Dalam satu lagi aksi yang belum berakhir, Liverpool mendahului Burnley 3-0 menerusi jaringan Steven Gerrard (dua gol) dan Maxi Rodriquez

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini