Sunday, 21/01/2018

Aston Villa pintas Liverpool

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

ASTON Villa naik ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris, sekali gus berpeluang memasuki kelompok kelab elit Eropah musim depan selepas menewaskan Hull yang hampir tersingkir daripada liga elit Inggeris, 2-0, awal pagi semalam.

Jaringan Gabriel Agbonlahor pada babak pertama dan penalti James Milner, 14 minit sebelum tamat permainan membolehkan Villa kembali bersaing merebut tempat terakhir yang ditawarkan kepada kelab Inggeris dalam Liga Juara-Juara Eropah, hanya tiga mata di belakang Tottenham Hotspur, yang ketika ini menduduki tangga keempat dengan baki tiga perlawanan.

Kemenangan itu juga menyaksikan Villa melonjak mengatasi Liverpool dan meneruskan persaingan mereka selepas tewas 7-1 kepada pendahulu liga Chelsea, yang juga menyingkirkan mereka dalam saingan Piala FA, bulan lalu.

“Kami dalam situasi keliru,” kata Pengurus Villa, Martin O’Neill. “Kami mengejar semuanya tanpa kepastian. Kami juga tidak pasti untuk menamatkan saingan liga di tangga kelapan ketika ini.

“Kami kini mendahului Liverpool ketika saingan berbaki tiga perlawanan. Tetapi saya memuji pasukan kerana menunjukkan kebangkitan membanggakan selepas tewas di Stamford Bridge.

“Kami kembali bangkit dengan memungut 10 daripada 12 mata terakhir. Saya fikir pasukan ini menunjukkan karektor hebat musim ini dan malam ini adalah contoh terbaik,”

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini