Sunday, 21/01/2018

Bayern Munich buru gelaran berganda

Published on April 24, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS kejayaan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, impian kejuaraan berganda jurulatih Bayern Munich terus menyala apabila mereka kembali ke kancah Bundesliga di Moenchengladbach hari ini.

Gol minit ke-69 Arjen Robben memberikan kemenangan 1-0 Bayern ke atas Lyon Rabu lalu pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, tetapi pemain sayap Belanda itu dikeluarkan Louis van Gaal selepas 85 minit bagi menyediakan pemain itu untuk ’Gladbach.

Dengan pesaing terdekat, Schalke akan berdepan pasukan kelompok bawah liga – Hertha Berlin – pada hari sama, Bayern perlu memastikan kelebihan dua mata di persada liga terus kekal dengan hanya tiga perlawanan berbaki.

Dalam saingan Piala Jerman pula, Bayern akan bertemu Werder Bremen pada 15 Mei dan dengan pasukan kendaliannya membawa bekal selesa selepas aksi Liga Juara-Juara, van Gaal berpeluang merangkul tiga piala pada musim pertamanya bersama kelab gergasi Jerman itu.

Robben bagaimanapun berang dengan tindakan van Gaal mengeluarkannya, tetapi jurulatih itu berkata, dia perlu melihat jauh ke depan, memandangkan masih ada banyak perlawanan penting perlu dihadapi sebelum musim berakhir pada 8 Mei.

“Kami akan menentang Moenchengladbach pada Sabtu dan saya memerlukannya cergas semula untuk perlawanan itu,” kata van Gaal.

“Tidak ada pemain yang gembira dikeluarkan, Robben tidak terkecuali. Tetapi masih ada 90 minit permainan minggu ini.”

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini