Sunday, 21/01/2018

Bayern singkir Lyon ke final

Published on April 28, 2010 by   ·   No Comments

BAYERN Munich merentap impian Lyon untuk menjadi pasukan pertama dari Perancis layak ke final Liga Juara-Juara sejak 2004.

Permulaan gementar Lyon memberi peluang kepada Bayern untuk menguasai permainan dan seterusnya berjaya menewaskan Lyon 3-0 pada pertemuan Liga Juara-Juara di Lyon, Perancis, awal pagi tadi.

Berbekalkan satu gol pada pertemuan pertama, Bayern menambah tiga lagi gol pada minit ke-26, 67 dan 78 menerusi hatrik penyerangnya, Olic untuk agregat 4-0.

Usaha Lyon untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 gagal selepas pemain sayapnya, Michel Bastos mensia-siakan peluang yang ada.

Pengadil perlawanan, Massimo Busacca menambah derita Lyon dengan melayangkan kad merah kepada kapten Lyon, Cris selepas pemain itu memperoleh kad kuning kedua.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini