Friday, 22/09/2017

Chelsea rampas gelaran EPL dari MU

Published on May 10, 2010 by   ·   No Comments

CHELSEA muncul juara Liga Perdana Inggeris 2009/2010 selepas membelasah Wigan 8-0 dalam aksi penamat musim di Stamford Bridge awal pagi tadi untuk mengecewakan penyandang juara, Manchester United yang turut mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Stoke City di Old Trafford.

Chelsea merangkul gelaran EPL buat kali keempat dalam sejarah kelab itu.

Kejayaan kali ini merupakan kejuaraan kali keempat dalam rekod kelab skuad The Blues itu selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2005/2006 ketika dibimbing jurulatih dari Portugal, Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata untuk sekadar berpuashati di tangga kedua liga.

Chelsea turut memecah rekod jaringan gol dalam satu musim dengan 103 sepanjang 38 perlawanan EPL musim ini.

Didier Drogba pula muncul penjaring terbanyak dengan 29 gol sekali gus mengetepikan cabaran penyerang United, Wayne Rooney.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini