Sunday, 21/01/2018

England sukar menang Piala Dunia

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

BEKAS bintang bola sepak England John Barnes menegaskan tidak realistik untuk mengharapkan skuad bola sepak kebangsaan England memenangi Piala Dunia 2010.

Bekas sayap kiri Liverpool itu berkata, Sepanyol dan Brazil adalah pilihan utama untuk menjulang trofi di Afrika Selatan Julai ini, dan England tidak mempunyai hak untuk dipertimbangkan selaku juara.

Barnes, pernah bermain untuk England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 1990, prestasi terbaik mereka sejak kejayaan 1966 – turut merayu kepada peminat supaya tidak mengenakan tekanan ke atas pemain muda skuad itu, dan menyatakan kehadiran David Beckham mampu merangsang peluang England.

“Ia belum menjadi keputusan muktamad. Kita tidak mempunyai hak mutlak untuk memenanginya ataupun mara ke final dan ada pasukan yang lebih baik daripada kita,” kata Barnes. “Sepanyol dan Brazil adalah dua pilihan utama.

“Bagaimanapun, England bermain dengan begitu banyak keyakinan, kestabilan dan konsistensi, bermakna mereka akan melepasi peringkat kumpulan dan peringkat berikutnya.

“Tetapi jika kita menentang Brazil di separuh akhir, adakah kita akan mengalahkan mereka? Kita boleh, seandainya kita bermain pada tahap tertinggi dan pemain utama kita beraksi cemerlang sepanjang masa.

“Maka adalah tidak realistik bagi kita untuk menjangka akan memenanginya, walaupun kita berkemampuan dan kita boleh beraksi dengan baik, tetapi kita juga harus menghormati pasukan lain.”

Setiap dua tahun apabila kejohanan utama hadir, England amat gemar menonjolkan dirinya secara keterlaluan, sebelum kekecewaan, kemarahan dan rintihan menyelubungi mereka apabila skuad itu tersingkir.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini