Sunday, 21/01/2018

Fulham ikat Hamburg SV

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

WAKIL England Fulham meraih sedikit kelebihan apabila berjaya mengikat Hamburg SV 0-0 dari Jerman dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa di Hanseatic City awal pagi.

Keputusan itu memberikan sedikit harapan buat Fulham untuk menempah slot ke aksi final menjelang pertemuan separuh akhir kedua di halaman sendiri minggu depan.

Hamburg yang akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir kejohanan berkenaan pada 12 Mei depan di HSH Nordbank Arena, gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan di tempat sendiri dalam perlawanan pertama itu.

Satu lagi kelab England, Liverpool tewas di tempat lawan 0-1 kepada Atletico Madrid.

Bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan menjaringkan gol kemenangan Atletico.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini