Sunday, 21/01/2018

Gol Forlan bantu Atletico tewaskan Liverpool

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

JARINGAN Diego Forlan memberi Atletico Madrid kemenangan 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa sebentar tadi.

Pada minit kesembilan, Forlan menanduk lemah hantaran silang Jose Manuel Jurado dari sebelah kiri tetapi sempat menolak bola masuk ke gawang dari jarak dekat.

Dalam perlawanan di Stadium Vicente Calderon itu, kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk menguasai permainan dan hanya mengharapkan serangan balas.

Liverpool terlepas beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan termasuk rembatan Steven Gerrard ke sisi gawang dan tandukan Yossi Benayoun sedikit tersasar.

Liverpool sekali lagi hampa apabila jaringan Benayoun dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, pada separuh masa kedua Atletico meningkatkan permainan dan dua percubaan bahaya berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini