Sunday, 21/01/2018

Hatrik Kalou bantu Chelsea belasah Stoke 7-0

Published on April 26, 2010 by   ·   No Comments

JARINGAN hatrik penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou memastikan Chelsea merampas kembali tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila membelasah Stoke City 7-0 di Stamford Bridge, lewat malam tadi.

Sebelum ini Manchester United mendahului carta liga selepas menewaskan Tottenham 3-1 di Old Trafford dalam aksi yang berlangsung sehari lebih awal. Dua daripada gol United dijaringkan menerusi tendangan penalti yang disempurnakan tonggak veterannya, Ryan Giggs.

Namun di Stamford Bridge, Chelsea membuktikan watak mereka untuk merampas gelaran EPL apabila mendominasi perlawanan dengan gol pertama hadir menerusi jaringan Salomon Kalou pada minit ke-24 sebelum menggandakan jaringan peribadinya tujuh minit selepas itu.

Seminit sebelum babak pertama berakhir, Frank Lampard menyempurnakan tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 buat The Blues.

Penguasaan tuan rumah berterusan di babak kedua apabila menambah empat lagi gol dengan Kalou melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke-68 disusuli satu lagi jaringan Lampard minit ke-81.

Daniel Sturridge menambah gol keenam buat tuan rumah minit ke-87 sebelum jaringan Florent Malouda dua minit kemudian melengkapkan malam gemilang buat The Blues.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini