Sunday, 21/01/2018

Semangat Inter luar biasa benam Barca

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

INTER Milan mempamerkan prestasi luar biasa apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Barcelona 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

Kredibiliti jurulatih Milan, Jose Mourinho terbukti apabila segala percaturan yang dilakukannya pada aksi di San Siro itu membuahkan hasil.

Kemenangan tersebut sudah cukup buat Milan bagi dijadikan bekalan selesa apabila berkunjung ke Nou Camp untuk aksi separuh akhir kedua minggu depan.

“Kemenangan ini menyakinkan saya bahawa kami akan mara ke pentas final di Madrid nanti.

“Kini kami sekurang-kurangnya memiliki bekalan selesa apabila berkunjung ke Nou Camp minggu depan.

“Yang pasti, kami akan berasa lebih gembira sekiranya berjaya melangkah ke final dan jika tidak, sudah tentu kekecewaan menyelubungi seluruh pasukan.

“Sewaktu saya mula-mula membimbing Milan, ramai yang tidak menjangka kami akan sampai ke tahap seperti ini (separuh akhir Liga Juara-Juara) tetapi semua itu telah berubah dan hari ini (semalam) kami berjaya menewaskan kelab terbaik Eropah,” jelas Mourinho.

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola menjelaskan, dia menerima kekalahan tersebut dengan terbuka dan tidak mahu menyalahkan pemain-pemainnya yang terpaksa menempuh perjalanan selama 14 jam.

“Ini semua boleh terjadi terutamanya apabila beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara dan berdepan pula dengan kelab seperti Milan.

“Keputusan ini adalah sesuatu yang tidak baik buat kami kerana saya tahu kami boleh melakukan yang lebih bagus daripada ini. Ini bukanlah persembahan terbaik kami.

“Saya sedar pemain-pemain semuanya keletihan tetapi saya bukanlah doktor perubatan yang boleh mengetahui sejauh mana perjalanan tersebut memberi kesan terhadap prestasi mereka,” kata Guardiola.

Pada aksi semalam, Barcelona terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi jaringan Pedro pada minit ke-19.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, Milan kembali memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya tiga gol berjaya dijaringkan masing-masing menerusi Wesley Sneijdner, Maicon dan Diego Milito.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini