Sunday, 21/01/2018

Inter Milan juara Piala Itali

Published on May 6, 2010 by   ·   No Comments

INTER Milan menjulang trofi pertama musim ini selepas menewaskan AS Roma 1-0 pada aksi final untuk muncul juara Piala Itali (Coppa Itali) di Stadium Olimpik Rome, awal pagi ini.

Diego Milito menyumbat gol kemenangan yang juga jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-40.

Inter berada pada landasan tepat untuk mencipta gelaran treble musim ini apabila turut mara ke final Liga Juara Eropah dan kini memimpin carta Liga Serie A dengan kelebihan dua mata ke atas AS Roma.

Jika berjaya ia bakal mencipta sejarah baru dalam karier Jose Mourinho yang sebelum ini pernah membimbing kelab England, Chelsea untuk menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini