Sunday, 19/11/2017

Inter Milan singkir juara bertahan

Published on April 29, 2010 by   ·   No Comments

INTER Milan mara ke aksi final Liga Juara Eropah walau pun tewas 0-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Nou Camp yang baru berakhir.

Barisan Jose Mourinho itu mara menerusi aggregat 3-2 selepas menang perlawanan pertama 3-1 di San Siro minggu lalu.

Namun perlawanan kali ini berlangsung penuh drama apabila kelab Itali itu kehilangan seorang pemain selepas Thiago Motta dilayang kad merah kurang setengah jam aksi bermula.

Kesempatan itu diperguna sepenuhnya oleh Barca untuk melancar serangan namun aksi kental barisan pertahanan Inter menyukarkan pasukan tuan rumah untuk menembusi gawang lawan.

Jose Mourinho begitu girang selepas Inter Milan menyingkirkan Barcelona untuk mara ke final Liga Juara Eropah 2009/2010.

Namun sorakan penyokong Barca kembali gemuruh apabila Gerrard Pique akhirnya berjaya menembusi benteng kental Inter yang dikawal Julio Cesar pada minit ke-84.

Begitu pun suasana di Nou Camp kembali suram apabila tiada tambahan jaringan mampu dilakukan barisan penyerang Barca sebaik wisel penamat ditiupkan pengadil.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini