Sunday, 21/01/2018

Kelantan tiada masalah tewaskan Johor

Published on May 12, 2010 by   ·   No Comments

KELANTAN tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Liga Super musim ini apabila berjaya menewaskan Johor 4-1 di Stadium Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Kemenangan mengutip tiga mata penuh itu meletakkan Kelantan kekal di tangga kedua saingan liga dengan 32 mata, tiga mata di belakang Selangor.

Mohamad Badri Radzi membuka tirai jaringan pada minit ke-16 sebelum Johor menyamakan kedudukan menerusi Rosaiful Nizam Omar pada minit ke-21.

Bagaimanapun, tendangan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-33 diikuti oleh jaringan sekali lagi oleh Mohamad Badri telah melenyapkan harapan Johor.

Kelantan menutup tirai jaringan menerusi bekas pemain antarabangsa Khairuddin Omar pada minit ke-78.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini