Sunday, 21/01/2018

Atletico Madrid juara Liga Europa 2010

Published on May 13, 2010 by   ·   No Comments

Menang 2-1 ke atas Fulham untuk tamatkan kemarau 14 tahun

Penyerang Atletico Madrid, Diego Forlan menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya dalam perlawanan akhir bola sepak Liga Europa awal pagi tadi, selepas menundukkan kelab England, Fulham 2-1.

Ia dijaringkan bekas penyerang Manchester United dengan hanya berbaki empat minit selepas kedudukan terikat 1-1, jaringan Forlan pada minit ke-32, sebelum Simon Davies(Fulham) menyamakan kedudukan lima minit selepas itu.

Kemenangan itu juga adalah kejuaraan pertama kelab terbabit sejak memenangi trofi pertama menerusi Liga Sepanyol dan piala berganda pada 1996.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini