Sunday, 19/11/2017

Manchester United hanya mampu seri

Published on September 26, 2010 by   ·   No Comments

Michael Owen menjaring gol penyamaan United dalam aksi EPL menentang Bolton malam ini.

MANCHESTER United gagal mengambil kesempatan daripada kekalahan Chelsea apabila diikat dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Bolton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Reebok, malam ini.

Bolton mendahului United dua kali dalam perlawanan itu dan nyaris memungut tiga mata penuh, namun jaringan penyamaan Michael Owen menghampakan tuan rumah untuk mencipta kejutan ke atas Red Devils.

Bolton berjaya mendahului United pada minit keenam menerusi jaringan Zat Knight, namun Nani menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson sekali lagi ketinggalan apabila Martin Petrov berjaya menewaskan Edwin van der Sar pada minit ke-67.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama selepas penyerang gantian United, Michael Owen menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

Keputusan seri ternyata mengecewakan Ferguson selepas menyaksikan musuh ketatnya, Chelsea tewas buat pertama kali musim ini di tangan Manchester City malam tadi.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini