Sunday, 19/11/2017

City tewas di tangan Spurs

Published on May 6, 2010 by   ·   No Comments

PETER Crouch muncul wira Tottenham apabila menjaring gol kemenangan ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands, awal pagi tadi.

Jaringan bekas penyerang Liverpool, tujuh minit sebelum masa sebenar berakhir itu menjamin tempat buat Spurs untuk beraksi di saingan Liga Juara Eropah musim depan.

Crouch, yang kini diperhatikan oleh pengurus England Fabio Capello, menanduk bola yang melantun pada minit ke-82, mencetuskan keraian besar-besaran oleh para penyokong dari London utara, apabila pasukan mereka menempah tiket pertama kali ke Liga Juara-Juara.

City sepatutnya memintas Tottenham jika menang, tetapi tidak mampu merungut apabila pasukan pelawat meraih lebih banyak peluang gol pada aksi penuh tegang di Eastlands.

Tottenham mengumpul 70 mata daripada 37 perlawanan dan masih berpeluang memintas musuh mereka di utara London, Arsenal yang mengumpul 72 mata di tempat ketiga.

Jika menang ke atas kelab yang telah tersingkir Burnley, Ahad ini manakala Arsenal kalah di padang sendiri kepada Fulham, bermakna Tottenham akan terus beraksi pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kelab di utara London itu, seperti juga City yang dibayangi Arsenal sejak sekian lama, tidak pernah mara ke kejohanan Eropah sejak 1962, setahun selepas menang kejuaraan Liga England.

Hakikatnya, mereka telah merungkai penguasaan empat pasukan teratas dengan tersingkirnya Liverpool dan kelab yang berbelanja besar, City, sejak transformasi yang dilakukan oleh Harry Redknapp.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini