Sunday, 21/01/2018

N.Sembilan tamat badi kekalahan

Published on April 24, 2010 by   ·   No Comments

NEGERI Sembilan akhirnya menamatkan badi kekalahan selepas bergelar juara Piala FA musim ini, apabila mengutip mata penuh dengan kemenangan 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Tuaku Abdul Rahman di Paroi dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Kejayaan itu mengakhiri rentetan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, 3-1 di tangan Kelantan dan 2-1 kepada Perak.

Begitupun, perlawanan yang berlangsung di atas padang becak membantutkan gerakan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Namun sebaik babak kedua bermula, anak buah Wan Jamak Wan Hassan menguasai permainan dan jaringan Idris Karim pada minit ke-64 meletakkan tuan rumah di depan, diikuti dua gol Zaquan Adha Abdul Razak (70, 83) dan jaringan terakhir Shahurain Abu Samah pada minit ke-82.

Kemenangan itu melonjak Negeri Sembilan ke tangga kelima liga dengan 20 mata, memintas Perlis yang hanya turun ke padang menentang Terengganu, malam ini.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini