Sunday, 21/01/2018

Paul Scholes dijulang lagenda MU

Published on April 24, 2010 by   ·   No Comments

PEMAIN tengah Manchester United, Darren Fletcher menganggap rakan sepasukannya, Paul Scholes sebagai legenda kelab tersebut.

Scholes muncul wira selepas menjaringkan gol tunggal bagi membantu United menewaskan Manchester City 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Eastlands, Sabtu lalu.

Jaringan tersebut hadir sehari selepas Scholes melanjutkan kontraknya bersama United selama setahun lagi.

“Kami tidak akan melihat seorang lagi pemain seperti Scholes. Dia merupakan seorang legenda dan mempunyai identiti tersendiri.

“Dia tidak gemar dengan kehidupan moden seperti yang diamalkan oleh pemain-pemain bola sepak ketika ini walaupun dia merupakan seorang pemain bertaraf dunia.

“Apa yang menghairankan saya, mengapa dia tidak pernah dicalonkan untuk menerima anugerah pemain terbaik dunia, Eropah sedangkan dia berjaya menjaringkan 20 gol setiap musim,” jelas Fletcher.

Seorang lagi pemain tengah United, Michael Carrick turut bersependapat dengan Fletcher dengan menganggap Scholes sebagai seorang pemain yang perlu dihormati.

“Semua telah menyaksikan persembahan yang dipamerkan Scholes dalam setiap perlawanan.

“Dia mempunyai bakat luar biasa dan agak sukar untuk menerangkan kehebatannya yang ada dalam dirinya,” kata Carrick.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini