Sunday, 21/01/2018

Peluang Liverpool ke Eropah masih samar

Published on April 26, 2010 by   ·   No Comments

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard, mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 4-0 di Turf Moor yang menyingkirkan Burnley daripada Liga Perdana Inggeris musim depan dan menghidupkan peluang The Reds untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain tengah England itu bertindak cemerlang dengan dua penyudahan tepat dalam tempoh tujuh minit sebelum Maxi Rodriguez menambah gol ketiga.

Ryan Babel menjadikan kedudukan 4-0 sejurus sebelum wisel penamat untuk menghantar pasukan kedua tercorot itu kembali ke liga Championship.

Kemenangan Liverpool itu mengurangkan jarak dengan Tottenham Hotspur yang berada di tempat keempat dan kelebihan satu perlawanan, kepada hanya dua mata.

Gerrard membuka jaringan pada minit ke-52 apabila rembatannya terkena Leon Cort dan menewaskan penjaga gol Burnley, Brian Jensen.

Beliau menggandakan jaringan dengan bergaya tujuh minit kemudian apabila mengutip hantaran Alberto Aquilani sebelum melencongkan bola melepasi Jensen.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini