Sunday, 21/01/2018

Pertembungan menarik MU-Tottenham

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

TOTTENHAM Hotspur memberikan suntikan besar buat Manchester United dengan menewaskan Arsenal dan Chelsea pada dua perlawanan terakhir tetapi barisan Alex Ferguson kini mengharapkan keadaan akan kembali sedia kala di Old Trafford, esok.

Hasil kemenangan 2-1 Spurs ke atas Chelsea dan kejayaan minit terakhir ke atas Manchester City minggu lalu, United kini berada satu mata di belakang pasukan kendalian Carlo Ancelotti, yang melayan Stoke City, Ahad ini.

Dengan baki perlawanan menentang Spurs, Sunderland dan Stoke, United boleh menamatkan jadual dengan nota kemenangan, meletakkan tekanan ke atas Chelsea yang masih perlu berkunjung ke Liverpool, sebelum menamatkannya dengan pertemuan menentang Wigan, yang menewaskan kelab London itu di tempat sendiri September lalu.

Hanya tiga minggu sebelum tamat kempen Liga Perdana Inggeris dan dilihat paling sengit dan menarik sejak beberapa tahun, sungguhpun Arsenal yang kini ketinggalan enam mata selepas kekalahan kepada Wigan dilihat sudah terkeluar daripada saingan meskipun menang ke atas Manchester City di Emirates, esok.

Dua kemenangan menakjubkan Tottenham itu meletakkan mereka pada kedudukan terbaik untuk meraih tempat keempat tetapi kebarangkalian untuk menjadikannya tiga kemenangan berturut-turut dengan menundukkan United, dilihat sukar.

Mereka belum pernah menewaskan lawan sejak sembilan tahun dan perlu pergi sejauh 1989 bagi kejayaan terakhir di Old Trafford.

Begitupun, dua persembahan terakhir itu sudah memadamkan kekecewaan kekalahan pada separuh akhir Piala FA kepada Portsmouth.

“Jika kami tidak gentar, kami boleh menang di United,” kata penyerang, Roman Pavlyuchenko.

“Mereka adalah sebuah jentera lancar tetapi berdasarkan persembahan kami, kami seharusnya tidak bimbang. Kami memiliki penamat sukar musim ini, dengan dua kunjungan ke Manchester. Kami memiliki rentetan keputusan mengecewakan di Old Trafford dan kami mahu memperbaikinya.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini