Sunday, 19/11/2017

Negeri Sembilan lega tumpaskan Kelantan

Published on September 16, 2010 by   ·   No Comments

AKSI di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bahru, Kelantan, kelmarin memberikan mata berbaloi kepada anak buah Wan Jamak Wan Hasan, untuk meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan garang di awal saingan Kumpulan A, Piala Malaysia.

Keputusan menang satu jaringan menerusi Abd Halim Zainal pada minit ke-74, pastinya melegakan penyokong Hoben Jang Hoben.

Namun, semangat anak didik Wan Jamak perlu terus digilap kerana ‘kemegahan’ di awal saingan belum tentu membuahkan hasil menjulang Piala Malaysia, jika pemain dan pasukan alpa dengan tiga mata awal menewaskan Kelantan, 1-0, kelmarin.

Kata Wan Jamak, memang dia gembira dengan kemenangan itu, tetapi masih banyak strategi yang perlu dikemaskan agar penyandang juara itu terus berada pada kedudukan selesa.

‘‘Gembira kerana apa yang diharapkan memperlihatkan hasil.

‘‘Walaupun kita mencacat kemenangan pertama, masih banyak lagi strategi yang akan disusun selepas menyaksikan perlawanan ini.

‘‘Syabas buat pemain yang menunjukkan komitmen dalam perlawanan, termasuk Shukor Adan kerana saya difahamkan dia demam ketika diturunkan,” katanya.

Katanya, biarpun terlalu awal untuk menilai kemampuan pemain, adalah diharap prestasi yang ditunjukkan kelmarin dapat terus dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini