Sunday, 21/01/2018

Sathianathan berang aksi penyerang Kelantan

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

DISEBALIK kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur, malam kelmarin, jurulatih Kelantan, B Sathianathan tetap berang melihat kegagalan penyerangnya menambahkan bilangan gol ketika peluang terhidang depan mata.

Pengendali itu berkata, walaupun Kelantan selesa dengan ledakan tiga gol hasil dua jaringan Norshahrul Talaha pada minit 19 dan 23 dan Mohd Badri Md Radzi pada minit 48, namun beliau menyifatkan anak buahnya banyak membazirkan masa kerana tidak memanfaatkan kesempatan mendapat lebih banyak gol.

“Kita tidak nampak macam serius di depan gol (lawan), jadi ini kena diperbetulkan sebelum kami turun menentang KL Plus yang dijadualkan, Sabtu ini.

“Saya yakin boleh menang tetapi selepas tiga gol yang dijaringkan itu, (Kelantan) hennak jaringkan (tambahan) gol pun susah,” katanya selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohamed ke IV, malam kelmarin.

Mengulas tindakannya mengeluarkan Mohd Nor Farhan Mohamad pada perlawanan malam kelmarin, Sathia menjelaskan, langkah itu diambilnya bagi membolehkan pemain tengah berbakat itu mempunyai tenaga yang cukup untuk beraksi menentang KL Plus.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini