Friday, 28/07/2017

Spurs sekat impian Mancini

Published on May 6, 2010 by   ·   No Comments

TOTTENHAM menyekat impian Roberto Mancini untuk membawa Manchester City beraksi dalam saingan Liga Juara Eropah musim depan apabila jaringan tunggal Peter Crouch memberikan tiket buat Spurs untuk bersaing bersama kelab elit Eropah.

Saingan Liga Perdana Inggeris masih berbaki satu perlawanan, namun kemenangan ke atas City menjamin sekurang-kurangnya tempat keempat buat anak buah Harry Redknapp.

Spurs mengumpul 70 mata dan tidak mampu lagi dipintas oleh City yang sekadar berpuashati dengan 66 mata.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini