Friday, 28/07/2017

Keputusan Malaysia vs Pakistan FINAL Hoki Sukan Asia 2010

Published on November 25, 2010 by   ·   No Comments

Pakistan sekat hajat Malaysia raih emas acara hoki

SKUAD hoki lelaki negara sekadar berpuas hati untuk meraih pingat perak setelah kecundang 0-2 kepada Pakistan pada saingan akhir Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Pada perlawanan yang tamat sebentar tadi, gol Pakistan dijaringkan oleh Sohail Abbas pada minit ke-26 dan Rehan Butt pada minit ke-38. [LIHAT VIDEO GOL]

Selain tewas, skuad hoki itu terlepas peluang untuk menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012 tetapi sebagai hadiah sagu hati, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan bahawa skuad itu kini disenaraikan dalam program ‘Road to London 2012′.

Hoki menjadi pasukan pertama diserapkan dalam program persediaan khas itu selepas 21 atlet iaitu lapan dari sukan badminton, berbasikal acara trek (5) dan empat masing-masing dari sukan akuatik (terjun) dan memanah.

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini