Sunday, 21/01/2018

Lleyton Hewit lepasi halangan awal

Published on April 23, 2010 by   ·   No Comments

LLEYTON Hewitt kembali menyertai Terbuka Barcelona buat kali pertama sejak 2002 dengan mencatatkan kemenangan pusingan pertama menewaskan Turk Marsel Ilhan 6-4, 4-6, 6-2 , kelmarin.

Namun, dua lagi pemain pilihan tersingkir dari gelanggang tanah liat pada hari kedua, dengan pemain Perancis, Jeremy Chardy mengecewakan pemain nombor 14 dari Sepanyol Albert Montanes 6-3, 7-6 (7/1) dan ranking 92 yang mara selepas melepasi saingan kelayakan Daniel Gimeno-Traver menewaskan pemain nombor 10 dari Argentina Juan Monaco 6-2, 3-6, 6-2.

Simone Bolelli terselamat daripada ditewaskan apabila pemenang 2004 dan pilihan kesembilan Tommy Robredo terpaksa menarik diri akibat kecederaan belakang bagi membolehkan lawan dari Itali itu menang 6-7 (7-9), 6-4, 3-1.

Pemain nombor 16 dari Sepanyol, Feliciano Lopez mendapat tuah yang sama ketika menewaskan Oleksander Dolgopolov 6-3, 3-0 dengan pemain Ukraine itu gagal menamatkan saingan.

Pilihan kedua, Robin Soderling mempamerkan aksi sulung Doni akan menunggang jentera Yamaha Indoprom HRVRT di gelanggang tanah liat, apabila bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua set untuk menewaskan Juan Ignacio Chela 7-5, 7-5.

Ia turut menyaksikan hari penuh dramatik di luar gelanggang apabila Rafael Nadal memberikan alasan terperinci penarikan dirinya sebagai langkah berjaga-jaga daripada salah satu acara yang paling dekat di hati pemain Sepanyol yang menjuarainya dalam lima edisi terdahulu.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini