Sunday, 19/11/2017

Soderling mara, Tsonga terkandas

Published on April 25, 2010 by   ·   No Comments

PILIHAN kedua, Robin Soderling dari Sweden melangkah mudah ke separuh akhir Terbuka Barcelona, kelmarin dengan menundukkan Eduardo Schwank 6-2, 6-3 untuk menempah pertemuan dengan Thiemo de Bakker dari Belanda.

De Bakker mengecewakan pilihan ketiga, Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis, 6-4, 3-6, 6-3 bagi kemenangan pertama dalam kariernya ke atas lawan yang berada dalam kelompok 10 teratas. Terdahulu, Fernando Verdasco dan David Ferrer kedua-duanya menang untuk menempah saingan separuh akhir.

Soderling mematahkan penguasaan Schwank pada servis pertama permainan dan bermula dari situ, dia memperlihatkan aksi yang sukar digugat, menggunakan pukulan servis padunya untuk mengesahkan kemenangan dalam tempoh 68 minit.

“Sehingga kini semuanya baik, minggu ini,” kata Soderling.

“Hari ini mengelirukan dengan pelbagai keadaan. Keadaan agak sejuk dan bola menjadi berat, tetapi keseluruhan saya fikir saya beraksi dengan bagus. Saya melakukan servis dengan baik, dapat menang beberapa mata mudah pada servis pertama.”

De Bakker menyempurnakan satu-satunya mata kemenangan pada set pertama menentang pemain ranking 10, Tsonga, tetapi kemudian dipatahkan dua kali dalam set kedua ketika dia bergelut dengan servis.

Dia membalas dengan mematahkan dua mata pada set penentuan untuk muncul pemain Belanda pertama sejak Richard Krajicek pada 1994 mara ke separuh akhir kejohanan itu.

“Rasa hebat meraih kemenangan pertama ke atas pemain 10 terbaik,” kata de Bakker. “Ini adalah kemaraan besar buat saya. Saya berdepan perlawanan sengit menentang Jo pada Piala Davis tahun lalu, jadi rasanya hebat dapat melepasi saat ini.”

Pilihan kelima, Verdasco menyelamatkan tujuh peluang mematahkan servis pada set kedua ketika menang 6-2, 7-6 (4) ke atas Ernests Gulbis dari Latvia, manakala Ferrer mara selangkah lebih hampir ke perlawanan akhir ketiga berturut-turut selepas menewaskan Thomaz Belluci 6-4, 6-0.

“Dia adalah pemain tenis terbaik, terutama di gelanggang tanah liat,” kata Verdasco. “Ia akan menjadi sukar tetapi menarik. Sekurang-kurangnya seorang daripada kami akan berada di final.”

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini