Friday, 28/07/2017

Wilfried Tsonga mara suku akhir

Published on April 24, 2010 by   ·   No Comments

Tindakan Jo-Wilfried Tsonga menukarkan taktik permainan membolehkan pemain itu mara ke suku akhir Terbuka Barcelona selepas menewaskan pemain Sepanyol, Nicolas Almagro 5-7, 6-1, 6-4.

Pilihan ketiga dari Perancis itu yang beraksi di gelanggang tanah liat buat kali pertama, sungguh tidak sangka dia berdepan Thiemo de Bakker yang juga melakarkan kejutan menewaskan juara 2001 dan juga pilihan ketujuh, Juan Carlos Ferrero 7-6 (7/2), 3-6, 7-6 (7/4).

Kini hanya dua pemain Sepanyol beraksi selepas enam daripada lapan wakilnya gagal meneruskan cabaran.

Juara Monte Carlo, Fernando Verdasco, pilihan kelima, terpaksa berusaha keras untuk menewaskan pemain Austria, Jurgen Melzer 3-6, 7-6 (7/1), 6-3.

Namun David Ferrer yang tewas dua kali pada perlawanan akhir, mencatatkan kemenangan dalam tempoh 44 minit untuk mengatasi Simone Bolelli dari Itali, 6-0, 3-0 yang menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Pilihan kedua dari Sweden, Robin Soderling turut mara selepas mengalahkan Feliciano Lopez 6-3, 6-2.

Tsonga berkata, dia menukar strategi untuk kembali mempamerkan corak permainan pantas yang dia tahu mampu membawanya keluar daripada bahaya.

“Saya tidak dapat menggelungsur dengan baik di awal perlawanan, gelanggang itu agak keras,” katanya.

“Saya berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan bola. Selepas itu saya mula bermain cara saya sewaktu beraksi di gelanggang keras yang membolehkan saya kembali menguasai permainan set kedua dan ketiga.”
Tsonga yang mempunyai rekod 17-7 sepanjang musim ini dan kini berusaha meraih gelaran pertama di gelanggang tanah liat, berkata dia menjangkakan tugas sukar apabila bertemu dengan pemain Belanda, De Bakker.

“Ia akan menjadi sukar, saya pernah menentangnya di Piala Davis di gelanggang tertutup tanah liat,” kata Tsonga ketika mengulas mengenai pemain berusia 21 tahun yang kini menduduki ranking ke-67 dunia.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Terkini